INFO SIHAT | cara mudah bakar kalori
1 MINUM AIR SEJUK
Minum air lapan gelas sehari. Memang inilah yang anda
amalkan. Tidak salah lagi. Apa kata anda cuba tukarkan air suam atau air masak
yang sering anda minum kepada air sejuk. Minum air sejuk lapan gelas sehari
akan membakar lebih banyak kalori berbanding air dengan suhu biasa. Kajian juga
menunjukkan bahawa minum air mampu meningkatkan proses metabolisme, baik untuk
mereka yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan. Semakin banyak air yang
anda, minum semakin kurang potensi lemak berkumpul di dalam tubuh anda. Jadi,
minumlah lebih banyak air terutama air sejuk sehingga dapat membakar lebih
banyak lemak dalam tubuh.
2. BERJALAN CEPAT, KEMUDIAN BERJALAN LAMBAT
Lakukan sedikit kerja – kerja rumah dan rajin –
rajinlah memanfaatkan tangga di dalam rumah anda. Turun naik tangga akan
membuat tubuh mengguna lebih banyak otot. Lakukan ia dengan cepat selama
10saat, dan perlahankan kembali langkah anda. Ulangi cara ini berkali – kali
agar dapat membantu otot anda lebih relak dan elastic selain dapar menjadikan
metabolism lebih fleksibel. Seterusnya juga, dapat membakar lebih banyak
kalori.
3. MAKAN MAKANAN
KAYA PROTEIN
Tubuh anda akan menggunakan lebih banyak kalori untuk
mengubah protein menjadi karbohidrat. Misalnya, jika anda mekan makanan yang
mengandungi 600 kalori protein , anda akan membakar sekitar 180 kalori. Ini
bererti, jumlah kalori yang terserap di dalam tubuh 30peratus lebih sedikit.
4. MAKAN MAKANAN
PEDAS
Makanan pedas dapat membuat sel – sel lemak lebih
responsive dan membantu penurunan berta badan. Makanan pedas juga boleh membuat
anda minum banyak air. Kopi dengan jumlah yang sederhana juga dapat membantu
anda membakar kalori sehingga 10 peratus, namun janganlah minum kopi dengan
gula, susu ataupun krim.
5. OLAHRAGA
Tidak dapat dinafikan lagi olahraga be
gitu banyak
membantu anda membakar kalori di dalam tubuh. Jenis latihan yang banyak
menggerakkan lengan dan kaki adalah antara latihan olahraga yang sangat efektif
untuk membakar kalori dengan banyak. Orang yang sering duduk rata – rata
150minit setiap hari lebih sukar untuk membakar lemak. Jadi, daripada duduk
sesekali cubalah ubah posisi duduk dan upayakan untuk sentiasa bergerak.
6. KUNYAH GULA – GULA GETAH
Melihat iklandi tv perihal gula – gula getah
membuatkan anda berasa tidak munasabah sekali bila dikaitkan ia boleh dijadikan
sebagai senaman ringan. Namun reality nya mengunyah gula – gula getah dapat
membakar 11 kalori per jam. Untuk menghindari pemanis buatan agar selamat untuk
mereka yang sedang menjaga berat badan, bolehlah mencari gula – gula getah yang
tidak mempunyai pemanis buatan.
Sumber--tekan sini
Comments