Novel x siap :P
Assalamualikum semua ^_^
heheh..harini nak share ngan korang ....novel yg aq buat masa aq sekolah rendah dulu...tapi x disiapkan...mula-mula je excited nak buat...last2 1 bab pun x habes...hahaha...xslahkan aq share.. :)
okelah layan lah cerita x habes nih :)
JIRAN BARU
"Mama,lihat! Ada orang baru berpindah di sebelah rumah kita." kata Zalia."Hmm,mama tahu.Mama ingat petang nanti mama ingin ke rumahnya.Mungkin kita boleh membantu apa yang patut."ucap Puan Zunita lembut.
______________________________________
"Assalamualikum."jerit Puan Zunita memberi salam.Keluar seorang wanita yang mungkin sebaya dengannya dari rumah yang baru diduduki wanita tersebut."Wa'alaikummussalam"sahut wanita itu."Oh,Puan Zunita.Mari la masuk.Saya tidak sempat mahu mengemas rumah semalam."kata Puan Faiezah."Tidak mengapa.Sebenarnya saya datang untuk menolong Puan apa yang patut.Lagipun di rumah saya tiada sesiapa." "Menyusahkan Puan saja.Oh ya,jangan la panggil saya Puan.Panggil saja saya Izah,kan lebih mesra."ucap Faiezah."Mari saya bantu Izah mengemas rumah."kata Puan Zanita.Pada mulanya Puan Faiezah tidak bersetuju tetapi apabila beberapa kali dipujuk akhinya dia akur juga.Mereka mengemas rumah teres dua tingkat itu dengan sempurna sekali.
________________________________________
"Cepat!Cepat!Cikgu Nia dah datang!"jerit Aiman selaku ketua kelas 6 Arif."Selamat pagi dan Assalamualikum."salam diberi oleh cikgu Nia kepada murid-muridnya."Wa'alaikummussalam dan Selamat pagi Cikgu!" jawab murid-murid kelas 6 Arif serentak."Okey saya dengar kelas ini riuh-renda macam pasar malam dekat belakang rumah saya saja."ucap Cikgu Nia memerli."Aiman!"jerit cikgu Nia lagi. "Ya cikgu."Aiman berdiri dengan wajah yang masam.Pasti kali ini dia akan dimarahi lagi oleh guru yang paling garang dan digeruni macam singa betina yang menghalang musuhnya daripada mengacau anaknya.Opss!!! Sorry,terlepas pulak."Mengapa kamu biarkan kelas bising?"tanya Cikgu Nia."Habislah ape aku nak jawab ni?"kata hati kecil Aiman."Kring!Kring!"jerit telefon Cikgu Nia."Fuhhh,selamat.Terima kasih telefon."
"Okey,saya minta maaf kerana pengetua ingin berjumpa dengan saya untuk membincangkan tentang peperiksaan yang bakal menjelang dan saya minta kerjasama kamu semua supaya membuat ulangkaji."kata Cikgu Nia yang sedang mengemaskan buku-bukunya lalu berlalu meninggalkan kelas."Eh,Aiman kamu minta maaf sebab kami,kamu pula yang kena marah."tegur Raziq dari belakang.Mata Aiman mula mencari kelibat dua kembar yang palong bising di dalam kelas tadi.
Marissa dan Marlina merupakan sepasang kembar seiras dan mereka bukan sahaja seiras tetapi juga mempunya minat yang sama iaitu di dalam bidang fesyen.Mereka selalu berangan-angan untuk menjadi sepasang kembar pertama yang menjadi pereka fesyen yang terkenal di seluruh dunia.Apa saja pertandingan berkaitan dengan fesyen pasti mereka tidak akan terlepas.Tetapi hanya mampu mendapat saguhati sahaja.
"Hoi,Marissa jaga sikit mulut tu.Tadi aku kena marah kau dan adik kau lah.Mulut korang ni tak boleh diam langsung!"sergah Aiman secara tiba-tiba."Eh,pak cik Man jngan suka-suka hati je marahkan orang.Macam la dia tu tak bising.Duk terjerit 'hoi!duduk diam.Jangan bising!Buat kerja masing-masing secara senyap.'
itu pun dikira bising juga.Satu blok ni boleh dengar suara awak tu!"kata Marissa.Mukanya sudah merah padam menahan perasaan marahnya.Tetapi adiknya,si Marilina tu tenang saja duduk sebelahnya sambil membaca buku.Inilah satu-satunya perbezaan diorang.Marissa si pemarah dan Marlina yang penyabar.
#The End...hehehe..apa mcam story ni....89% adalah ditambah....semua ni bukan aq sorang je yg buat tapi aq bincang dengan sepupu aq...hahaha...entahlah...aq share ngan korang ni buat apa....x pelah BYE!!!
Comments